Monday 8 September 2014

PROSEDUR JUAL BELI TANAH

PROSEDUR LANGKAH-LANGKAH URUSAN JUAL BELI TANAH



Untuk info penting kepada semua pelanggan, adalah dengan lebih baik jika pelanggan meluangkan masa untuk baca beberapa prosedur, langkah-langkah pengurusan jual beli tanah, syarat beli tanah, persediaan sebelum jumpa wakil panel kami, isi / lengkapkan borang online di bawah, call/mesej kami setelah maklumat pelanggan berjaya dihantar.

Berikut Adalah beberapa langkah-langkah yang perlu pelanggan fahami, dokumen persediaan perlu dibawa oleh pelanggan semasa berjumpa dengan wakil panel kami:

Langkah Pertama
Apabila pembeli bersetuju untuk membeli tanah berkenaan, pembeli perlu memahami prosedur cara beli tanah, harga tanah, prosedur pembayaran, syarat kelayakkan pinjaman beli tanah jika pembeli nak buat loan dan proses serta tempoh urusan jual beli tanah. Pada langkah pertama ini, panel kami akan menerangkan kepada pembeli segala urusan berkaitan jual beli tanah. 
Tarikh lawatan tapak akan disetting mengikut kesesuaian masa pembeli dan juga masa wakil pemaju. Pada masa perbincangan ini juga tarikh lawatan tapak dan Deposit atau Wang Pendahuluan 10% akan diputuskan oleh pembeli kepada wakil panel kami. 




Langkah Kedua  
Pembeli perlu menyediakan bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah, bayaran deposit tersebut dimeterai melalui Draf Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (SPA) diantara Pembeli, Pemaju Dan Pemilik Tanah.

Pada waktu atau hari yang sama pembeli dan wakil panel kami akan buat lawatan tapak. Di samping itu, pembeli menyediakan segala dokumen yang diperlukan untuk proses permohonan pinjaman sekiranya pembeli nak buat loan, supaya segala proses dapat dipercepatkan. 
Bayaran hendaklah dibuat diatas nama Pemaju Tanah seperti tersebut di bawah:

i) DARUL HEBAT HOLDINGS SDN BHD (Pemaju Tanah) Panel/wakil pemaju akan mengeluarkan resit/slip bayaran dan Draft Surat Perjanjian Jual Beli (SPA) kepada pembeli, proses bayaran pendahuluan dan perjanjian ini dilakukan di pejabat pemaju.

Langkah Ketiga 
Dalam tempoh 10 atau 21 hari waktu berkerja, pemaju akan menyediakan surat perjanjian jual beli (SPA) manakala urusan dengan pihak bank akan mengambil masa 7 hari bekerja untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak, pembeli akan menandatangani perjanjian pinjaman dengan panel bank sekiranya permohonan pinjaman diluluskan. Panel kami akan menghubungi / menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli tanah dengan pemaju di pejabat pemaju. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli hendaklah membayar baki tunggakkan iaitu sebanyak 90% lagi daripada harga hartanah.

Nota Penting: Sekiranya pembeli tidak memohon pinjaman bank, baki tunggakkan boleh dilangsaikan oleh pembeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan atau tarikh perjanjian jual beli tanah (SPA).
Langkah Keempat
Sekiranya dalam tempoh 3 bulan dari tarikh perjanjian (SPA) pembeli masih gagal membuat bayaran 90% tunggakkan kepada pemaju, pembeli boleh memohon lanjutan bayaran iaitu Janji Bayar (Promise To Pay) kepada pemaju dalam tempoh satu (1) bulan bagi mengelakkan perjanjian (SPA) terbatal dan sekiranya pembeli masih juga gagal, enggan dan atau ingkar untuk membuat bayaran selepas tempoh lanjutan, maka pemaju berhak untuk tidak memulangkan wang Deposit atau Wang Pendahuluan tersebut.
Peringkat Pembayaran

1) Deposit 10% daripada harga tanah
2) Bayaran Akhir 90% daripada harga hartanah

PERSEDIAAN PERLU DI BAWA OLEH PEMBELI SEMASA JUMPA PANEL KAMI:
  •  Dua (2) Keping Salinan Kad Pengenalan Pembeli
  • Jika Nak Buat Loan Peribadi Melalui Koperasi/Bank, Sediakan Dokumen Tertera Di Bawah Semasa Perjumpaan Dengan Panel Kami
  1. Dua (2) Keping Kad Pengenalan
  2. Surat Pengesahan Jawatan (Appointment Letter)
  3. Salinan Penyata EPF
  4. Bank Statement 3 Bulan Terkini
Panel Kami Akan Menyediakan Borang Applikasi Untuk Permohonan Loan.

LANGKAH-LANGKAH PENGURUSAN
  1. Perbualan/Mesej/Email/Whatssap/Wechat/Skype Antara Pelanggan dan Panel DHH
  2. Perjumpaan Antara Pelanggan dan Panel DHH, Di PV3 Taman Melati Utama, Jalan Melati Utama.
  3. Pembeli dan Pelanggan Berbincang / Penerangan / Menyampaikan Maklumat Penting Mengenai Status Tanah, Syarat Beli Tanah, Harga, Prosedur, Aturcara Lawatan Tapak Lokasi Tanah Dan Sebagainya.
  4. Pembeli Ditemani Oleh Wakil Panel Kami Untuk Lawatan Tapak Ke Lokasi Tanah/Tapak.
  5. Pelanggan Datang Ke Pejabat Darul Hebat Untuk Buat Bayaran 10% Pendahuluan, DapatKan Resit/Slip Bayaran Serta Draf Perjanjian Jual Dan Beli Tanah (SPA)
  6. Pelanggan Datang Ke Pejabat Darul Hebat Untuk Buat Bayaran 90% Dan Menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli Tanah (SPA). Sama ada Menandatangani SPA, Membatalkan Pembelian/Membuat Tangguhan Janji Bayar
Untuk pertemuan, sila sms/mesej kami bila nak jumpa/bincang?

CALL / SMS KAMI:
+60107095813 (Sham) (24 Hours) Taman Melati, K.L.
+601121092361 (Safiah) (24 Jam) Wangsa Maju, KL, Cheras, Danau Kota

No comments:

Post a Comment



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts