Thursday 2 October 2014

TANAH LOT UIA GOMBAK

TANAH LOT NO. 4947, MUKIM SETAPAK, DAERAH GOMBAK, SELUAS 6.353 EKAR (276736.68 KPS) UNTUK DIBANGUNKAN DAN DIJUAL.



Maklumat Tanah
Negeri: Selangor
Daerah: Gombak
Tempat: Sg.Pusu
No. Lot: Lot 4947
No. Hak Milik: PM237
Pajakan: 99 Tahun Sehingga 5 September 2094
Kampung: Mukim Setapak
Status Tanah: Tanah Simpanan Melayu (Rizab Melayu)
Luas Lot: 2.571 Hektar (6.353 Ekar) Atau (276736.68 Kaki Persegi)
Kategori Tanah: Pembangunan Jenis Kediaman
Jenis Kediaman Dapat Kelulusan Dari Pejabat Daerah Dan Tanah Gombak:

Rumah Teres 2 Tingkat, 32 Unit, Size 6.096M X 19.812M

Rumah Teres 2 tingkat, 45 Unit, Size 5.486M X 19.812M

Ada dua tawaran untuk kawasan tanah lot ini:

1) Tawaran Pertama

TANAH UNTUK DIJUAL


Kalau ada pelanggan berminat nak beli tanah sahaja, maka tuan pemilik tanah tiada masalah untuk jual tanah lot tersebut.




Harga Tawaran: RM9,130,000.00 (Sembilan Juta Dan Satu Ratus Tiga Puluh Ribu Sahaja)

Pelanggan perlu menyediakan Surat Minat Pembeli dan Penyata Kewangan Pembeli sebelum melawat kawasan tanah, surat minat dan penyata kewangan itu hendaklah diemailkan mengikut details seperti berikut:

Kepada:

SHAM SARAIL / SAFIAH IBRAHIM
PV3, JALAN MELATI UTAMA 3,
TAMAN MELATI UTAMA,
53100 SETAPAK, KL.
Email: shamicyber@gmail.com

Setelah pihak kami menerima email Surat Minat Dan Penyata Kewangan dari pembeli/wakil pembeli, seterusnya dengan seberapa segera kami akan diaturkan temu janji untuk TTM, tempat dan tarikh serta masa perjumpaan, waktu lawatan tapak tanah akan dimaklumkan segera secara notis bertulis dan dihantar secara email atau pos.

2) Tawaran Kedua

TANAH UNTUK DIBANGUNKAN


Ada beberapa perkara asas penting yang perlu difahami sekiranya ada pihak berminat (Pemaju) mencari tanah lot untuk dibangunkankan dan dimajukan. Asas penting itu mengenai kepentingan kedua-dua pihak iaitu diantara Pemilik Tanah dan Pemaju Tanah.



Pemilik Tanah mensyaratkan sekiranya ada pihak berminat (Pemaju) hendaklah bersetuju sekiranya

1) Kepentingan syer bahagian Pemilik Tanah hendaklah dijaga dan dipersetujui sebanyak 30% dari kadar keuntungan jualan setelah segala kos ditolak. Manakala jumlah syer untuk bahagian Pemaju sebanyak 70% setelah segala kos ditolak.

2) Pemaju hendaklah bersetuju untuk melantik pemilik tanah sebagai salah satu pengarah syarikat di dalam syarikat pemaju berkenaan iaitu Appointed Director bagi projek berkenaan. Mempunyai kuasa untuk bercadang, menandatangai akaun pengeluaran wang dan lain-lain mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

3) Pemaju hendaklah bersetuju memberi Ganjaran Awal kepada Pemilik Tanah setelah selesai menandatangani Memorundom Perjanjian diantara Pemilik Tanah dan Pemaju. Ganjaran Awal yang disebut itu akan dibincangkan kemudian.

4) Pemaju juga hendaklah mematuhi dan mengakui beberapa aspek lain seperti membina rumah kediaman mengikut panduan dan asas kelulusan pihak berkuasa tempatan. Menjual Rumah kepada kaum Melayu dan Bumiputra sahaja.

5) Perkara-perkara yang lain akan dibincangkan kemudian, setelah pemaju benar-benar bersetuju dan mahu mengambil tanah lot tersebut untuk dimajukan.

Kepada sesiapa pihak berkenaan berminat dan mempunyai sebarang pertanyaan, boleh menghubungi mana-mana wakil kami di bawah:

MESEJ / SMS KAMI:
+60107095813 (Sham) (24 Hours)
+601121092361 (Safiah) (24 Jam)

TANAH LOT NO. 4923 DAN 4924, MUKIM SETAPAK, DAERAH GOMBAK, SELUAS 5.973 EKAR (260,183.88 KPS) UNTUK LOT NO.4923 DAN LOT 4924 SELUAS 6.205 EKAR (270,289.80 KPS) 


Maklumat Tanah Negeri: Selangor 
Daerah: Gombak 
Tempat: Sg.Pusu No. Lot: Lot 4923 No. Lot: Lot 4924 Pajakan: 99 Tahun Sehingga 9 Julai 2094 Kampung: Mukim Setapak 
Status Tanah: Tanah Simpanan Melayu (Rizab Melayu) 
Luas Lot 4923: 5.973 Ekar Atau 260,183.88 Kaki Persegi Luas 
Lot 4924: 6.205 Ekar Atau 270,289.80 Kaki Persegi 
Kategori Tanah: Pertanian 
Harga Tawaran: 1) RM2,860,000.00 (Dua Juta Lapan Ratus Enam Puluh Ribu Sahaja) 
Bagi Lot 4923 2) RM2,970,000.00 (Dua Juta Sembila Ratus Tujuh Puluh Ribu Sahaja) Kawasan: TERLETAK BERDEKATAN JALAN UTAMA Kampung Sg. Pusu, 3KM KE UIA GOMBAK, 3.5 KM KE JALAN UTAMA MRR2 , 4KM KE BANDAR GOMBAK, 12KM KE AMPANG, 13KM KE IBU KOTA KUALA LUMPUR Sesuai: PEMBANGUNAN RUMAH, KEDAI SEBUAH TAMAN PERUMAHAN, PEMBANGUNAN BERCAMPUR DAN SEBAGAINYA.


LOT 4923

LOT4924 

LANGKAH-LANGKAH DAN PERATURAN BELI TANAH: 

LANGKAH PERTAMA 
Pembeli perlu menyediakan Surat Minat dan Penyata Kewangan Pembeli sebelum melawat kawasan tanah, surat minat dan penyata kewangan itu hendaklah diemailkan mengikut details seperti berikut: Kepada: HASSANAL HASHIM IBRAHIM PV3, JALAN MELATI UTAMA 3, TAMAN MELATI UTAMA, 55100 SETAPAK, KL. Email: 1mytv4u@gmail.com 

LANGKAH KEDUA 
Setelah pihak kami menerima Surat Minat Dan Penyata Kewangan dari pembeli/wakil pembeli, seterusnya kami akan aturkan temu janji untuk perjumpaan (TTM), tempat dan tarikh serta masa perjumpaan, waktu lawatan tapak tanah akan dimaklumkan segera secara email atau menggunakan sosial media (Whatssap/Line/Wechat) dan sebagainya. 

LANGKAH KETIGA
Perjumpaan, perbincangan dan aktiviti melawat tapak. 

LANGKAH KEEMPAT 
Sekiranya pembeli setuju untuk membeli tanah berkenaan, pembeli perlu menyediakan bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan sebanyak 10% daripada harga tanah, bayaran deposit dibuat di pejabat pemegang amanah atau pejabat peguam pemilik tanah. 

LANGKAH KELIMA  
Dalam tempoh 10 atau 21 hari waktu berkerja, peguam akan menyediakan surat perjanjian jual beli (SPA) manakala urusan dengan pihak bank akan mengambil masa 7 hari bekerja untuk menentukan sama ada pembeli layak mendapat kemudahan pinjaman atau pun tidak, pembeli akan menandatangani perjanjian pinjaman dengan panel bank sekiranya permohonan pinjaman diluluskan. Kami akan menghubungi / menasihatkan pembeli supaya menandatangani perjanjian jual beli tanah dengan pemilik tanah di pejabat peguam. Semasa menandatangani perjanjian ini, pembeli hendaklah membayar baki tunggakkan iaitu sebanyak 90% lagi daripada harga hartanah.  

Nota Penting: Sekiranya pembeli tidak memohon pinjaman bank, baki tunggakkan boleh dilangsaikan oleh pembeli dalam tempoh 3 bulan dari tarikh bayaran Deposit atau Wang Pendahuluan atau tarikh perjanjian jual beli tanah (SPA). Bagi pembeli / pemaju yang serius, sila hubungi kami:  

Call/SMS/Whatsapp: 
(Safiah)+60173870713/ +601121093261  
(Sham) +60107095813 
Email: shamicyber@gmail.com  
Blog: http://hartanahkosong.blogspot.com/



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Popular Posts